Sunday 12 June 2011

wahai manusia kejam, bayi adalah manusia

Apa yang telah terjadi kepada manusia sekarang.. Kini, hampir tiap2 hari media memaparkan kes pembuangan bayi. Malah, bayi tersebut dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Dihurungi lalat dan ada sebahagiannya berulat..
Bertapa seksanya bayi tersebut yang masih tidak tahu apa2 menahan kesakitan dengan gigitan nyamuk, dihurungi lalat, dibawah hujan dan panas.. Tidak sanggup saya bayangkan.
Bayangkan jika kita diikat, dibungkus kemudian dicampak ke dalam semak ke, longkang dan sebagainya, kemudian tak payah makan. Agak2 begitu ke rasa bayi malang tersebut? Mungkin kita boleh bertahan selama 2 hari. Itupun jika kita tahan mental. Apatah lagi bayi comel yang masih BAYI!! Bayi yang sensitif dan tidak berdaya! Bayangkanla diri sendiri..
Saya jarang terlepas dengan berita yang memaparkan berita pembuangan bayi ini. Selalu terlintas di kepala, siapalah manusia S!@l dan kejam yang melakukan perbuatan tersebut? Kenapa ada mahkluk Tuhan yang dianugerahkan dengan akal dan tahu membezakan antara yang baik dan buruk melakukan perkara begini?
Kenapa tidak mati saja manusia yang laknat melakukan perbuatan seperti itu sebaik saja 7 langkah selepas membuang bayi tersebut? dan sebagainya.. Kalau perkara tu berlaku di depan mata la, dah lama aku terajang pala hotak dia. Haa..kan dah mencarut.. icon mad Wahai Manusia Kejam, Bayi Adalah Manusia
Sedangkan binatang a.k.a haiwan menjaga anak dengan penuh kasih sayang. Tetapi manusia kejam lagi dari binatang! Nak panggil manusia jugak ke orang yang kejam dari binatang tu? Hantu kot..tetapi ada hantu yang baik… Tak kisahlah. Yang penting, saya benci manusia yang melakukan perbuatan begitu. Sukar untuk dimaafkan. Tiada maaf bagimu.
Berita di media pula selalu menggunakan ayat ‘apalah dosa bayi ini sehingga dibunuh dengan kejam?’. Satu hal pulak. Perlu ke manusia berdosa dibunuh? Harap anda yang baca post ini faham la apa yang saya maksudkan. Maknanya sangat mendalam. icon eek Wahai Manusia Kejam, Bayi Adalah Manusia
Jika anda ada kawan yang ‘kaple’, jangan takut tegur mereka. Jangan lebih2 masa bersama. Kalau boleh ikut sahaja ke mana dorang pergi. Kot2 kes ini adalah sebahagian dari kerja mereka. Yang ‘kaple’ tu fikir jugak. Korang belum kawen lagi. Jangan nak memandai nak hidup ibarat suami isteri.
Ada baiknya kahwin terus jika tidak tahan sangat nak berasmara. Kalau tak nak kahwin, pakailah durex ke apa. Tetapi dosa tetap besar la. Korang pakai apa ke untuk menghalang kehamilan selagi tak kahwin, dosa tetap tak terhalang.
Kalau tak ada duit nak kahwin, pergi kerja. Buat bisnes ke. Yang penting jalan tu betul. Jangan pulak korang join Skim Cepat Kaya. Yang ibu bapa kat rumah tu, sentiasa ambil berat anak anda. Sekali sekala, jengukla mereka di sekolah ke, universiti ke, kolej dan sebagainya.
Last untuk kali ini, sama sama kita membanteras masalah pembuangan bayi ini. Buat kempen ke, poster dan sebagainya untuk menyedarkan masyarakat. Dan, maaf dipinta daripada saya sekiranya post ini ada mengguris hati anda. icon wink Wahai Manusia Kejam, Bayi Adalah Manusia
Salam 1Malaysia dan salam kejayaan. icon smile Wahai Manusia Kejam, Bayi Adalah Manusia

No comments:

Post a Comment