Monday 13 June 2011

fakta menarik mengenai kfc

Fakta Menarik Mengenai KFC

KFC%20big Fakta Menarik Mengenai KFCDalam banyak2 franchise makanan ataupun restoran, KFClah diantara yang popular selain McD, pizzahut ataupun sugarbun.
Jangan korang kenal dinner plate ataupun cheezy wegdes sahaja ok, korang kena tau juga beberapa fakta mengenai KFC ni. Tak kenal maka tak cinta. icon razz Fakta Menarik Mengenai KFC

Berikut adalah fakta menarik mengenai KFC :

Fakta 1 : Siapa orang tua pada logo KFC tu?

Orang itu adalah Harland David Sanders aka Harland Colonel Sanders, iaitu pengasas ayam kentucky goreng ini.

Fakta 2 : Betul ke Harland Sanders ini kolonel tentera?

Dia prebet je pun. Mana ada sampai pangkat kolonel. Sekolah pun sampai grade 7 je. Dia berhenti sekolah sebab ingin membantu keluarga yang susah. Malah dia pun bukan veteran perang dunia ke-2~~
Colonel%20Sanders Fakta Menarik Mengenai KFC
Harland David Sanders pengasas ayam goreng Kentucky

Fakta 3 : Jadi, bagaimana Harland Sanders boleh jadi “colonel”?

Harland Sanders mendapat gelaran “kolonel” melalui Gabenor Kentucky sendiri disebabkan reputasi beliau memperkenalkan franchise ayam goreng diatas pertubuhan  ”Kentucky Colonel“.

Fakta 4 : Bila Kolonel Sanders memulakan restorannya yang pertama?

Harland Sander membuka restorannya yang pertama pada tahun 1930 dihadapan stesen minyak tempat dia bekerja makan gaji. Tetapi bukan KFC lagi. Dia buka restoran dengan nama Sanders Court and cafe.

Fakta 5 : Bila resipi pertama KFC dijumpai?

Pada tahun 1940 iaitu selepas penemuan periuk bertekanan dimana, periuk ini merupakan perkara yang penting untuk memantapkan resipi beliau.

Fakta 6 : Franchise KFC pertama pada tahun 1952

Tahun 1952, harland Sanders menjual franchise KFCnya kepada Pete Harman. Harland akan mendapat bayaran untuk setiap ayam yang Pete jual~~

Fakta 7 : bucket pertama KFC.

Pada 1957, tahun Tanah Melayu merdeka, bucket pertama KFC telah diperkenalkan dan ianya memang mendapat sambutan hangat. Sebelum itu, KFC tidak dijual pada bucket tetap hanya dalam bentuk restoran.

Fakta 8 : Berapa banyak restoran KFC seluruh dunia?

Jika lebih 80 negara ada restoran KFC, dan dalam satu negara ada seribu restoran KFC.. berapa agaknya?

Fakta 9 : Kenapa Kentucky?

Kentucky disini bukan kentang ye tuan2 dan puan2. Kentucky adalah negara dimana franchise ayamg goreng ini diperkenalkan.

Fakta 10 : KFC atau McD?

-KFC!
Logo KFC dulu2 :
kfc past logos Fakta Menarik Mengenai KFCLogo KFC 2010 :
KFC%20images Fakta Menarik Mengenai KFC
Kalau korang ada fakta menarik juga mengenai KFC, sila2kanla berkongsi. icon wink Fakta Menarik Mengenai KFC
Bonus : demi kfc… Ku sanggup buat apa saja..
Funny%20KFC Fakta Menarik Mengenai KFC

No comments:

Post a Comment