Sunday 12 June 2011

pemakanan dan pengurusan sajian,

makanan paling penting dan merupakan salah satu keperluan asas manusia. Tubuh badan yang sihat terhasil daripada amalan pemakanan yang baik. Oleh itu, kita perlu mengamalkan diet yang seimbang kerana amalan ini memberikan kesan yang baik terhadap fizikal dan mental kita.

diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan  oleh tubuh dengan kadar yang betul. Nutrien - nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin, dan garam mineral.

umur = bayi, kanak - kanak, remaja, orang dewasa, dan orang tua. Remaja memerlukan diet yang berbeza daripada kanak - kanak.
kesihatan pesakit memerlukan diet tertentu berbanding dengan orang yang sihat.
aktiviti = remaja yang aktif memerlukan lebih kalori daripada remaja yang menjalankan aktiviti yang pasif.
saiz tubuh = saiz tubuh yang besar biasanya memerlukan diet yang berbeza daripada saiz tubuh yang kecil.
jantina = remaja lelaki memerlukan lebih kalori daripada remaja perempuan kerana mereka lebih aktif.  

No comments:

Post a Comment