Sunday 12 June 2011

gerbang neraka di bumi

Tempat yang menyeramkan ini berada di negara Turkemenistan, yang berada di kota kecil Darvaz.gerbang neraka 1 300x200 Gerbang Neraka di Bumi
Masyarakat setempat menggelar tempat ini sebagai “The Door to Hell” atau “Gerbang Neraka”… nama yang boleh membuatkan bulu roma menegak.. huhu..
Ahli geologi menjumpai tempat ini pada tahun 1971  secara kebetulan semasa mereka menggali sebuah kawasan untuk mencari petroleum. Tempat di mana pelantar gerudi ditempatkan telah runtuh, dan meninggalkan sebuah lubang dengan diameter sebesar kira-kira 50-100 meter.
Bagi mengelakkan gas-gas beracun keluar daripada lubang ini, keputusan telah dibuat bagi membakar gas-gas tersebut. Setakat tahun 2010, gas-gas di dalam gua bawah tanah ini masih terbakar tanpa gangguan. Disebabkan api yang tidak berhenti menyala dan marak, penduduk tempatan telah menamakan gua ini sebagai Pintu ke Neraka atau Gerbang Neraka.
Kesimpulannya, kita tak tahu adakah benda ini wujud secara kebetulan atau memang telah menjadi flow takdir. Kita tunggu hingga ke hujung dunia dengan penuh keimanan supaya tempat begitu bukan untuk kita..
Gambar gambar lain : (klik gambar untuk pembesaran)



No comments:

Post a Comment