Sunday 12 June 2011

tempat aneh dan unik di dunia

Jika korang suka melancong ke, tak pun travelling, takkan korang nak pergi tempat yang sama saja. Kadang2 tu, pergi la tempat yang orang lain jarang pergi. Tempat yang akan saya nyatakan dibawah ni.
Aneh dan unik tempat ini saya belum pasti sangat la. Artikel ini saya dapat dari sebuah blog inggeris. Tetapi mengikut fakta, tempat ini memang wujud. Korang tak percaya, tanya pak google. icon razz Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1 Jom melawat :

1. Kliluk, the Spotted Lake (Canada)

Tempat ini boleh dikatan aneh dan pelik disebabkan pada musim panas, tasik Spotted ini akan kering sehingga ternampak dasar tasik. Kadang2, tasik ini akan kering hingga kontang. Tasik ini mengandungi kandungan bahan kimia seperti magnesium sulphate, kalsium, sodium sulphates, perak dan titanium(aku pun xtau rupa bentuk benda ni.. icon razz Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1 ) Kononya, berendam dalam tasik ini boleh menyembuhkan banyak penyakit. Boleh try nnt.. icon smile Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1
Kliluk,%20the%20Spotted%20Lake%20(Canada) Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

2. Rio Tinto (Spain)

Tempat ini sungguh menakjubkan dengan lanskapnya seperti di bulan. Walaupun nampak indah, tetapi tempat ini sebenarnya menyimpan kengerian sendiri. Kawasan lombong Rio Tinto ini tidak boleh didiami lagi disebabkan tiada sumber kehidupan. Air di kawasan ini telah tercemar teruk dengan kepekatan asid pH1.7-2.5 sedangkan pH untuk air biasa adalah 7.. Boleh terhakis bandan mandi disini ooo..hoho
rio%20tinto Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

3. The Stone Forest (China)

Hutan batu ini dikenali sejak zaman Dinasti Ming dan disebut sebagai Keajaiban Pertama di Dunia dengan ciptaan alam yang indah dan mempersonakan. Tambah2 lagi dengan panorama yang artistic dan unik.
stone%20forest%20china Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

4. Vale da Lua (Brazil)

Vale da Lua (Moon Valley) merupakan kolam renang yang terbentuk dari aliran air secara semulajadi. Tapi sayang belum banyak info mengenai tempat ini.
vale%20da%20lua Tempat Aneh Dan Unik Di Dunia Part 1

5. The Richat Structure (Mauritania)

Salah satu tempat paling menakjubkan di Mauritania, terletak di barat daya Gurun Sahara. Tempat ini sangat luas, dan kalau dilihat dari atas, seperti lubang raksasa yang garis tengahnya mencapai 30 batu. Ramai mengatakan lubang tersebut terbentuk disebabkan hentaman meteor.
Gua batu ais yang terletak di Tennengebirge Mountains, dekat Salzburg ini sangat luar biasa dan unik berbanding gua ais yang lain. Kononnya, ada perasaan aneh ketika masuk ke sini. Seolah kita berada di planet lain. Dalam banyak2 gua ais yang lain, Eisriesenwelt Ice Caves di Austria yang paling besar dan paling popular.
Eisriesenwelt%20Ice%20Caves%20(Austria)1 Tempat Aneh Dan Unik DiDunia Part 2

7. Salar de Uyuni (Bolivia)

Agaknya, Salar de Uyuni merupakan tempat paling menarik di dunia. Gurun garam terbesar di dunia, gunung api tinggi, serta sumber air panas yang terkenal. Semuanya membuatkan daerah ini seperti tempat aneh, seolah kita tidak berada di planet bumi.. (betul ke xbetul..saya mana pernah pegi sana. Tengok gambar je la…)
Salar de Uyuni bolivia lake 07 Tempat Aneh Dan Unik DiDunia Part 2

8. Dry Valleys (Antartica)

Dengan permukaan tanah yang berpasir dengan kerikil tandus, tempat ini dikatakan tempat di Bumi yang mirip dengan planet Mars. Tempat  ini berada di Victoria Land, sebelah barat McMurdo Sound.
Tempat ini juga unik dengan  danau yang membeku selama bertahun2 lamanya dengan ketebalan ais beberapa meter, dimana bawah ais tersebut memiliki air dengan kepekatan garam yang sangat tinggi. Mahkluk/organisma yang tinggal di situ pun mesti aneh2 dan unik.
antarctica dry valley 516357 sw Tempat Aneh Dan Unik DiDunia Part 2

9. Blood Pond Hot Spring (Japan)

Blood Pond Hot Spring adalah salah satu dari sembilan “neraka” (jigoku) Beppu, Jepun. Tempat ini menjadi tarikan disebabkan sumber air panas yang berwarna merah dengan suhu yang amat sangat panas dan kandungan besi yang tinggi.
015 14A blood pond 660 Tempat Aneh Dan Unik DiDunia Part 2

10. Socotra Island (Indian Ocean)

Pulau yang berada di wilayah negara Yaman ini adalah pulau terpencil yang didiami sekitar 40.000 orang. Nama Socotra itu sendiri diambil dari bahasa Sansekerta yang bermaksud “Pulau Kebahagiaan”.
Tempat ini popular dengan pelbagai jenis tumbuhan dan pokok yang berbentuk unik dan aneh. Ada juga sebahagian daripada pokok di sini berumur lebih 20juta tahun…
Namun, walaupun pulai Socotra ini Nampak menarik dan ramai orang tertarik, tempat ini tidak dijadikan kawasan perlancongan disebabkan :
  • Suhu di pulau ini dapat mencapai 40 darjah celcius.
  • pembangunan adalah dilarang untuk mengekalkan khazanah alam yang unik. Satu-satunya jalan yang ada di pulau tersebut baru dibangun sekitar 2 tahun lalu. Itu pun dengan perjanjian yang banyak antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.
  • Tidak dibenarkan ramai pelancong datang ke sana untuk menjaga keaslian pulau.
Socotra%20Island Tempat Aneh Dan Unik DiDunia Part 2

No comments:

Post a Comment