Tuesday 26 April 2011

surat rasmi

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung(JKKK).
Kampung Seri Andaman
36400 Hutan Melintang, Perak
Yang Dipertua,
Majlis Daerah Hutan Melintang,
36400 Hutan Melintang, Perak.                                                                                            10 Julai 2008


Tuan,
Aduan tentang Haiwan Ternakan yang perkeliaran

Merujuk perkara di atas, saya mewakili penduduk kampung ingin membuat aduan tentang haiwan ternakan yang berkeliaran di kawasan kampung ini.

2. Haiwan ternakan seperti lembu dan kambing sering merosakkan tanaman kepunyaan penduduk. Haiwan-haiwan ini dilepaskan oleh tuan punya haiwan sewang-senangnya hingga haiwan tersebut memasuki kebun dan ladang kepunyaan penduduk-penduduk lain.

3. Lebih memburukkan keadaan apabila tuan punya haiwan tidak mengangdangkan ternakan masing-masing. pada waktu malam, haiwan-haiwan ini akan tidur di atas jalan raya. Hal ini membahayakan para pengguna jalan raya.

4. Selain itu, pernah suatu ketika seekor daripada haiwan tersebut dilanggar kereta. Haiwan itu mati dan bangkai haiwan itu terbiar begitu saja. Hal ini telah menimbulkan bau yang tidak menyenangkan penduduk setempat.

5. Pada waktu siang pula, jalan raya dikotori oleh najis haiwan ini hingga mencatatkan pemandangan kampung kami. Keadaan bertambah teruk apabila musim hujan. Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.

kerjasama dan perhatian pihak tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.


Yang menjalankan tugas,

   anis alia
( ANIS ALIA BT MOHD. SHUKRI)
Pengerusi JKKK,
Kampung Seri Andaman

No comments:

Post a Comment