Tuesday 26 April 2011

surat kiriman tidak rasmi

35,Jalan Lubuk Cina,
77130 Jasin,Melaka.

16 Mei 2008.

      Kehadapan sahabatku, Farhan yang berada di Kulai,Johor. Semoga Berada dalam situasi yang membahagiakan bersama keluarga tercinta.
   
      Pada pagi Sabtu yang lepas, saya terbaca berita kejayaan saudara sebagai pemidato tebaik bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah bukan berasrama penuh. Saya begitu bangga melihat kejayaan yang saudara kecapi. Saudara dapat membuktikan bahawa anak petani yang dibesarkan di kampung yang kurang membangun mampu berpidato dalam bahasa antarabangsa.

     Sejak awal lagi, saudara telah mewujudkan minat yang mendalam untuk menjadi pemidato yang bejaya. Persaingan yang saudara terima dalam pertandingan akhir itu begitu sengit, terutama pemidato dari bandar. Tahiniah buat guru-guru yang telah membimbing saudara juga.

    Dalam temu ramah oleh pemberita tempoh hari, saya tertarik oleh cara saudara belajar menguasai bahasa Inggeris. Saudara berjaya menguasai bahasa orang asing.Oleh sebab keyakinan dan ketabahan yang saudara miliki. Pada awalnya, saudara tidak begitu mahir bertutur dengan guru, pengetua, dan orang lain juga. Bagi saudara, "tiada yang mustahil bagi insan yang berani mencuba."

    Alangkah bertuahnya jika saya memiliki sekeping hati yang cekal seperti saudara ini. Saya begitu lemah dalam mata pelajaran bahasa Inggeris, apatah lagi untuk menuturkannya. Mungkin apa-apa yang saudara lakukan dapat saya jadikan ikhtiar. Saya ingin berkongsi rahsia kejayaan saudara ini. Saya berharap agar saudara dapat memberi bimbingan supaya dapat mengatasi kelemahan dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

    Saya berdoa semoga saudara akan terus berjaya meraih kejayaan. Kejayaan ini dapat membuktikan bahawa kita dapat membuktikan kita dapat memperoleh apa-apa saja yang kita ingini jika kita gigih.

sahabatmu,
anis alia
    

No comments:

Post a Comment