Monday 25 April 2011

faedah bersukan

Bersukan merupakan salah satu daripada kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita berpasukan. Jika kita tidak bersukan, badan kita akan lemah dan mudah dihinggapi penyakit.
  
          Bersukan ada berbagai-bagai cara. Antara kegiatan sukan ialah olahraga, renang, bola sepak, berjoging, berkhayak, dan berjalan kaki. Anggota badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas.


           Pada zaman atom yang semakin canggih ini, banyak kemudahan telah tersedia. Hal ini mengakibatkan orang malas untuk bersukan. Tabiat ini tidak baik. Sikap ini akan memudaratkan diri kita sendiri. Badan kita tidak cergas dan mudah terkena penyakit.


          Menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti sabar, bekerjasama, bertolak ansur, dan mempunyai semangat ingin berjaya. Malah dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita ini.


        Sukan membentuk sikap mulia, sukan juga dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam gejala negatif yang tidak diingini seperti mencuri, melepak, menagih dadah, dan banyak lagi. Gejala sosial seperti inilah yang akan merosakkan diri kita terutamanya muda-mudi.


       Oleh itu, kita hendaklah menjadikan sukan sebagai salah satu daripada akiviti harian kita. Dengan bersukan,kita akan dapat hidup sihat dan sejahtera. Badan kita sihat otak kita cerdas.



No comments:

Post a Comment