Monday 25 April 2011

komputer sangat penting dalam hidup kita

Komputer merupakan alat elektronik yang dicipta oleh manusia. Komputer tidak dapat berfikir seperti manusia. Komputer juga tidak mempunyai perasaan seperti manusia. Namun begiru, komputer sangat berguna dalam kehidupan sehari-harian kita.
      
      Komputer telah dicipta untuk memudahkan manusia melakukan tugas-tugas mereka. Pada masa kini, komputer merupakan keperluanyang penting dalam kehidupan. Komputer telah banyak memberi kesenangan kepada manusia dalam kehidupan. Komputer telah banyak memberi kesenangan kepada manusia dalam menjalankan tugas mereka.
   
     Komputer digunakan di pejabat, di sekolah, di rumah, di bank, dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk mengurangkan beban manusia di samping dapat memberi khidmat yang lebih berkesan dalam tugas yang dijalankan. Ternyata komputer memudahkan pekerjaan kita sehari-harian.


     Di sekolah, komputer digunakan oleh guru untuk membantu mereka mengajar atau menyampaikan pelajaran kepada murid-murid dengan lebih berkesan. Selain itu, komputer juga digunakan untuk membuat penyelidikan yang ada kaitannya dengan pendidikan, sains, dan teknologi.


    Di pejabat pula, komputer digunakan untuk membantu pegawai dan kakitangan mentadbirkan urusan pejabat dengan lebih licin dan berkesan. Di bank, komputer memainkan peranan untuk menyimpan maklumat,data, dan sebagainya dalam urusan yang dijalankan. Contohnya, khidmat mesin 'ATM' yang disediakan untuk pelanggan yang ingin berurusan diluar bank semasa atau selepas waktu  pejabat. Hal ini merupakan salah satu sumbangan komputer kepada kita semua. Di samping itu, khidmat 'dalam talian' ataupun online membolehkan pelanggan membuat urusan di mana-mana cawangan bank.


    Penggunaan komputer pada alaf baru ini akan memberi kesan kepada cara hidup kita. Walau bagaimanapun, manusia tidak boleh berpeluk tubuh sahaja setelah adanya kemudahan komputer. Banyak kesan baik dan buruk  dapat kita peroleh daripada penggunaan komputer. Namun terpulanglah kepada kebijaksanaan seseorang itu untuk memaanfaatkannya.

No comments:

Post a Comment