Menurut Brad Carter, apabila bahan bakar bintang tersebut habis, Betelguese akan pecah dan berkecai dan fenomena ini berlaku dalam sekelip mata. Ledakan daripada pecahan tersebut akan menghasilkan cahaya yang berjuta kali ganda lebih terang daripada matahari. Maknanya, 24 jam diBumi akan terang benderang..
“Betelguese akan meletup dan menyala”, ujar Carter. “Kita akan berada dalam keadaan ‘siang’ luar biasa untuk jangka masa yang singkat selama beberapa minggu. Mungkin mengambil masa hingga berbulan bulan baru ianya akan mula pudar dan akhir sekali kembali kepada keadaan normal.”
Tapi apa kaitan dengan 2012 bumi akan memiliki 2 matahari?
Sabar kawan.. Meh teruskan. Ramai menjangkakan bahawa letupan supernova merupakan petanda kiamat.(Kebetulan kalendar Maya meramalkan kiamat pada tahun 2012, tambahan lagi perkataan ‘Betelguese’ mempunyai kaitan yang kuat dengan syaitan.)

Dr Brad Carter
Brad Carter menjelaskan bahawa bumi juga akan ‘berhujankan’ partikel2 kecil(neutrino) yang tidak berbahaya hasil daripada letupan bintang tersebut.. – Times.com
2 Matahari? oh. Tidak tidak tidak.. cuma cahaya yang cerah diangkasa disebabkan letupan bintang Betelgeuse menjadikan bumi kelihatan ada 2 sumber cahaya dimana sumber yang pertama adalah dari cahaya matahari sendiri. Diharap anda boleh terima..
Senyum2…
No comments:
Post a Comment