Sunday 2 October 2011

karangan fakta

Setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kita berjaya di dalam pelajaran ?
setiap pelajar pasti ingin kejayaan cemerlang
berbagai-bagai cara untuk mendapat kecemerlangan
setiap murid mempunyai cita-cita menjawat jawatan tinggi
bergantung kepada individu sendiri dan lain-lain faktor
i.  tumpuan terhadap pelajaran - menelaah pelajaran - membuat rujukan
ii.  menyediakan jadual waktu peribadi yang teratur - patuh kepada jadual waktu tersebut
iii.  rajin bertanya kepada guru - jika timbul masalah - perbincangan dengan rakan-rakan
iv.  sediakan buku-buku rujukan secukupnya
v.  ikuti kelas tambahan - di sekolah / tempat lain
vi.  banyakkan latihan tambahan
vii.  tidak ponteng kelas / sekolah
viii.  tidak tinggal sembahyang dan sentiasa berdoa
ix.  banyak membaca bahan-bahan tambahan
x.  sikap tidak berputus asa - tekun tanpa mengenal jemu
mencerminkan diri sendiri - berazam - mencapai kejayaan
kesedaran perlu untuk mendapat kecemerlangan dalam pelajaran
 
Masalah disiplin murid-murid sekolah hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Pengertian disiplin - peraturan yang ditetapkan dan mesti diikuti
contoh pelanggaran disiplin di sekolah - ponteng sekolah, hisap rokok, ugutan, melawan guru, berpakaian tidak seperti yang dikehendaki, buang sampah merata-rata dan lain-lain.
Isi-isi
Langkah-langkah mengatasi masalah disiplin murid-murid
i.  memberikan kesedaran kepada murid-murid melalui penerapan nilai-nilai murni dan ceramah-ceramah kesedaran daripada pihak-pihak tertentu
ii.  ibu bapa haruslah memberikan pelajaran agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka
iii.  pihak sekolah haruslah tegas dalam menangani masalah ini dengan mengenakan denda yang sepatutnya agar menjadi teladan kepada murid-murid.
iv.  piak sekolah haruslah sentiasa mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa untuk membincangkan masalah murid-murid
v.  pengawas-pengawas sekolah hendaklah memainkan peranan dengan berkesan - mengawasi tingkah laku, menasihati dan melaporkan kepada guru disiplin / pihak sekolah berkenaan masalah salah laku murid.
Penutup
masalah disiplin tidak akan berjaya jika satu pihak saja yang berusaha tanpa kerjasama semua pihak.
Semua pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah disiplin - Kementerian Pendidikan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
Ikan air tawar banyak khasiatnya. Tuliskan cara-cara untuk menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar.
i.  Ikan air tawar sedap dan banyak khasiatnya
ii.  ikan air tawar terdapat di sungai, tasik, sawah dan dipelihara di kolam
iii.  contoh ikan air tawar - lampan Jawa, keli, sepat, haruan, tilapia, patin dan lain-lain
cara-cara menggalakkan orang ramai makan ikan air tawar :
i.  kempen memakan ikan air tawar dijalankan dari masa ke semasa
ii.  cara-cara memasak ikan air tawar hendaklah diberitahu kepada orang ramai supaya mereka benar-benar dapat merasai kelazatannya
iii.  harga ikan air tawar hendaklah dikawal supaya ianya tidaklah terlalu mahal agar orang ramai dapat membelinya
iv.  galakkan orang ramai menternak ikan air tawar supaya ikan air tawar mudah diperolehi
v.  gerai-gerai makan hendaklah menyediakan menu masakan ikan air tawar sebagai salah satu daripada lauk pilihan
vi.  pihak kesihatan / perikanan hendaklah selalu memberi penerangan tentang khasiat memakan ikan air tawar kepada orang ramai.
Semua pihak harus mengambil bahagian bagi menggalakkan orang ramai memakan ikan air tawar.
 

No comments:

Post a Comment