Monday 28 March 2011

karangan (bm) laporan pengembaraan ke gunung senyum

Pertubuhan Belia Kampung Seri Murni telah mengadakan pengembaraan ke Guunung Senyum pada 14 Mac 2010. Rombongan pengembaraan ini terdiri daripada 30 orang ahli yang disertai oleh lelaki sahaja.
     kami bertolak pada pukul 8:00 pagi dan sampai pada pukul 9:00 pagi setelah mengambil masa perjalanan selama satu jam.Pemandangan semasa perjalanan ke situ sungguh indah kerana terdapat kehijauan tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok kelapa sawit dan getah di kiri dan di kanan jalan.
     Kami membuat persiapan mendaki setelah tiba di kaki  gunung kerana kebanyakannya daripada peserta pengembaraan ini tidak berpengalaman mendaki gunung.Kami memeakai kasut dan pakaian yang sesuai untuk mendaki.Di samping itu, ketua pendakian gunung ini, iaitu Encik Mokhtar telah membawa tali sebagai alat bantuan semasa mendaki jika berhadapan dengan sebarang bekalan semasa dipuncak gunung. Kami melalui pengalaman yang begitu mencabar kerana keadaan muka bumi gunung itu curam dan licin.
    Kami berasa sungguh seronok kerana berjaya sampai di Gua Angin kerana gua itu mempunyai kawasan lapang yang luas. Di situlah kami berehat dan meletakkan bekalan makanan dan minuman yang dibawa.
Gua Angin merupakan gua yang pertama kami jejaki kerana gua batu kapur itulah yang paling rendah di gunung berkenaan. Kami meneruskan penembaraan di gua batu kapur itu sehingga samapai ke Gua Terang Bulan, Gua tok long, dan Gua kelawar. Gua tok long mempunyai kesan sejarah kerana tempat itu merupakan legenda kepada masyarakat tempatan. Pengalaman berada di puncak gunung sangat menyeronokkan kerana dari situ kita boleh melihat dan menikmati pemandangan di seluruh kawasan sekitar seperti perumahan rancangan FELDA, tumbuh-tumbuhan, sungai, dan paya. Itulah pengalaman yang paling menarik yang pernah saya alami selama ini.
     Kami mengambil masa beberapa jam berada di gunung itu sebelum turun semula. Kami berehat, makan, dan minum di situ sejuk untuk meredakan keletihan mendaki. Kami turun pada pukul 6:00 petang dan balik ke rumah dengan menaiki kenderaan masing-masing.
     Pengalaman semasa mendaki  mengajar kami erti ketabahan, kecekalan, dan pentingnya semangat juang yang tinggi. Kami tidak akan berjaya mendaki gunung seperti ini jika tidak tabah dan cekal mengahadapi cabaran hidup. Semangat yang kuat akan membantu seseorang mencapai kejayaan dalam sesuatu pekerjaan.
Kami juga bersyukur kerana semua peserta selamat kembali meneruskan aktiviti harian seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Saya dan rakan-rakan sangat seronok mendaki gunung itu walaupun amat meletihkan.
      Pengalaman  seperti ini sangat berguna pada masa depan. Aktiviti seperti ini harus digalakkan di kalangan generasi muda agar mereka memahami erti kesusahan dan perlunya pengorbanan dalam hidup.

Yang menjalankan tugas,                                                                                                    1 APRIL 2010

...........................................................
(ANIS ALIA BINTI  SHAHARUDIN)
Setiausaha,
Pertubuhan Belia,
SMK Sultanah Bahiyah.

3 comments: