Monday 28 March 2011

crita-critan (teman menagis sukar dicari)

Sahabat baikku, Julia baru sahaja kematian ibu bapanya dalam suatu kemalangan. Jadi anak yatimlah dia. Kasihan sungguh apabila aku mendengar berita yang mengejutkan itu. Julia anak tunggal dalam keluarganya. Kehilangan kedua-dua ibu bapanya merupakan suatu tamparan yang hebat kepadanya.
      Sebagai sahabat baiknya, akulah yang menjadi tempat Julia mengadu. Dia sering mengadu dengan air mata mengalir di pipinya tentang nasibnya yang malang.
       "Mengapalah aku yang harus menerima nasib malang ini? Kenapa aku bukan orang lain, Sri?"
       "Sabar, Julia. Tuhan ambil ibu bapa kau tandanya Dia sayang akan mereka. Kaiu harus reda dengan ketentuan-Nya," pujukku lembut. " Lagipun, bukan kau sahaja yang malang di dunia ini. Kalau kau rasa nasib kau buruk, ada orang yang lebih malamg lagi."
         Demikianlah yang sering terjadi. berkali-kali aku memujuk dan cuba memulihkan semangatnya setiap kali dia kelihatan putus asa untuk hidup.
Hidup Julia sebagai anak tunggal menyebabkan dia sering kesunyian dan kesepian. Ibu bapanya meninggalkan harta yang banyak, tetapi dia terpaksa hidup di rumah besar dengan orang gajinya. aku sering menemaninya jika dia memerlukan teman.
          Sejak kematian ibu bapanya, Julia juga seolah-olah tidak peduli akan pelajarannya. Di sekolah, badannya sahaja yang berada di dalam kelas, tetapi fikirannya menerawang entah kemana-mana. Cikgu-cikgu di sekolah juga sering menegurnya. Aku berazam untuk menyedarkan Julia. Aku sering mengajaknya mengulang kaji bersama-samaku, tidak kiralah di perpustakaan mahupun di rumah. Aku mahu dia berjaya.
           Suatu hari, Julia amat gembira kerana ibu saudaranya itu akan tinggal bersama-sama dengannya. Kulihat mata Julia bercahaya tanda gembira.
            Syukur kepada Tuhan. Akhirnya, Julia kembali kepada dirinya yang asal. Dia tidak lagi murung dan sedih. Dia kelihatan ceria kini dan pelajarannya juga baik.
            

1 comment: