Saturday 27 August 2011


see dis pic

                 
                        WHEN I HAVE A BEST FRIND FOREVER




    i want it...
  always happy
  can be apart of my life




               always be happy
               

mEnyAmBut aIdiLfItri Day

               
                                                        WhEn rAyA dAy








  wohh.... happy dis day!!!
     cannot wait for this day




        get many money.... hee3
       be like kid... yeah..!!




                       back to hometown..
                              happy....!!
                           i love it


          
                                         huH cormfirm hapPy...;)


                                                 huH

Thursday 11 August 2011

Warkah Dari ayah dan bonda

Sudah 13 tahun aku hidup di dunia ini bersama ibu bapa ku yang tercinta. Sepanjang hidup ini, kami hidup dengan penuh kegembiraan, kasih sayang antara satu sama lain.


    Sebagai orang tua,ayah dan bonda bukan sahaja baik tetapi penyayang dan bertanggungjawab.  Tidak pernah sekali pun mereka memarahi dan memukulku. Apatah lagi untuk mengasari serta menderaku. Pendek kata, mereka begitu menghargai kehadiran diriku dalam hidup mereka.


   Sayangnya, rasa kebahagaiaan ku semakin hilang dari sehari ke sehari. Alasan - alasanku, aku sudah bosan dan semua itu telah lenyap seiring masa berlalu. 


   Aku berasa penat untuk berada di sisi mereka. Semakin lelah untuk mendampingi merekadan semakin bosan menghadapi kehidupan ini yang sunyi tanpa apa - apa. sikap mereka yang terlalu sibuk dan bosan itu menambahkan lagi kebosananku. Hingga akhirnya aku menga,bil keputusan sendiri untuk melarikan diri dari rumah.


   Pada suatu malam, aku tidak tahan lagi dengan situasi tersebut dan aku bertekad untuk melarikan diri dari rumah dan meninggalkan mereka.


  Mereka bertanya mengapa aku tega membuat keputusan seperti itu. Dan aku yang kebingunan dengan kehendak diri sendiri, hanya mampu menyatakan bahawa aku sudah terlalu letih untuk mengharungi kehidupan yang kosong dan hambar tanpa sebarang kegembiraan dan kebahagiaan dari mereka lgi.


  Mendengar jawapan ku, mereka hanya terdiam dan termenung. Wajah mereka tamapk resah dan kebingunan. Barangkali memikirkan apakah dosa dan kesalahan yang telah dilakukan oleh diri mereka sehingga membuatku nekad untuk lari dari rumah.


  Jika soalan itu diajukan kepadaku, aku sendiri bingung untik menjawabnya. Kerana sememangnya merka tidak pernah berbuat salah terhadapku. Cuma aku sendiri yang berasa kesepian dan jemu dengan kehidupan yang kulalui.



                                                    SEBUAH PERTANYAAN



   Keesokan harinya, sekali lagi bonda dan ayahanda menanyakan alasan mengapa ku meninggalkan mereka.
     "Nadia, apakah yang perlu kami lakukan agar kita tidak berpisah, kerana selama ini kami berasakan  kami telah memenuhi segala kewajipan kami sebagai orang tua kamu. Jadi, jika ada kesalahan yang telah kami lakukan di luar kesedaran, tolong jelaskan kesemuanya. Ayah dan bonda minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi demi keutuhan keluarga kita, " ujar ayahanda denagn penuh hemah.

   Mendengarkan pertanyaan itu, aku menatap mata bondaku sedalam - dalamnya. Dengan suara perlahan aku berkata.
     "Saya ,empunyai satu pertanyaan, jika jawapan ayah dan bonda mampu menyentuh hati, saya akan mengubah keputusan saya untuk tinggalkan rumah. Seandainya saya menyukai sesuatu dan perkara itu amat sukar untuk dilakukan , sanggupkah ayah dan bonda berkorban nyawa melakukannya demi saya?"


   Aku tidak menerima sebarang jawapan daripada mereka ketika itu. Ayah dan bonda [ergi setelah menyatakan bahawa mereka akan memberikan jawapan kepadaku pada keesokan harinya.


  Keesokan paginya, mereka tiada di rumah. Yang kutemui hanyalah sepucuk warkah daripada mereka.
     "Anakanda, harus diakui bahawa perkara yang boleh menggadaikan nyawa kami hanya untuk memenuhi permintaanmu. Tapi kami ingin kamu tahu bahawa kami amat menyayangi kamu dengan sepenuh hati." Ayat pertama itu cukup mengecewakanku tapi kuteruskan juga bacaanku.
       "Wahai anakanda , tidakkah kau sedari bahawa kami bekerja hingga larut malam dan mengorbankan segala kesukaan serta kebebasan diri hanya untuk kesenangan ditimu. Apakah tidak kau sedari bahawa ketika dirimu sakit, kamilah yang selalu merawat dirimu dengan penuh kesabaran. Dan tidakkah kmu sedari bahawa suara dari kamilah yang sering digunakan untuk menghiburkanmu di saat hatimu dilanda kesedihandan kekecewaan."
       "Anakanda, tidakkah kau sedar betapa susahnya buat kami untuk menanggung dugaan yang besar bagi kami dengan segala kesusahan orang lain, yang mahu menghancurkan keluarga kita. Malah kami juga bersyukur kerana usaha kami berjaya mempertahankan keluarga ini."
       "Cuma anakanda, kami tidak mampu mengorbankan nyawa semata- mata untuk memenuhi keinginanmu. Kerana ayah dan bonda tidak sanggup untuk melihat air matamu mengalir menangisi kematian kami."
      "anakanda, kami tahu bahawa banyak lagi keluarga yang mampu membuat mu lebih ceria daripada kami terhadapmu. Dan kami merelakan keluarga lain untuk menceriakanmu seandainya kebahagiaan yang dihulurkan oleh kami tidak lagi mampu memberimu kebahagiaan buat selama - lamanya."


       Setitis demi setitis air mataku jatuh ke atas warkah tulisan mereka sehingga memudarkan tinta tulisan tetapi aku tetap berusaha untuk terus membacanya.
      "Kini anakanda sudah selesai membaca semua jawapan yang ayah dan bonda berikan. Jika kamu berpuas hati dengan semua jawapan ini dan masih mahu meneruskan ikatan keluarga kita, bukalah pintu rumah kita kerana sekarang kami sedang berdiri di luar sambil menunggu jawapan kamu,  wahai anakanda.
      "Namun jika kamu tidak berpuas hati, biarkan kami masuk untuk mengemaskan segala barangan. Kami juga berjanji untuk melepaskan kamu, kerana kami hanya akan berasa bahagia apabila melihat anakanda kami hidup dengan bahagia."

      Aku tertegun. Pandanganku beralih ke pintu rumah yang tertutup rapat. Lalu aku segera berlari membukakan pintu buat mereka. Kerana aku sedar kini bahawa tidak akan ada keluarga lain yang akan membahagiakan diriku sebagaimana ayah dan bonda menyayagiku. Lebih daripada itu, rasa sayang dan kebahagiaanku terhadap diri mereka kembali seperti di saat kami di dalam keluarga yang bahagia dan damai.